PROJEK AQUAFARM
|
|
|
|
Projek ini bertujuan untuk membangunkan tanah sawah terbiar iaitu seluas satu ekar untuk memanfaatkan para petani di kampung-kampung di seluruh Malaysia.
|
|
Pengenalan
|
Sejajar dengan keadaan krisis ekonomi global, tindakan drastik perlu diambil untuk menampung ekonomi negara dan individu. Kerajaan Malaysia mengambil inisiatif tertentu bagi membuka peluang kepada rakyat Malaysia bagi menambah pendapatan melalui industri kampung. Antara sokongan yang diberikan termasuk bantuan kewangan, khidmat nasihat melalui jabatan-jabatan tertentu dan teknologi-teknologi moden yang canggih. Antara industri yang didorong oleh kerajaan ialah industri penternakan dan pertanian.
OceanSoft Sdn. Bhd. merasakan terpanggil untuk menyokong hasrat tersebut bersama-sama kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia dalam mengatasi masalah ekonami negara dan mensejahterakan negara melalui usaha-usaha tertentu.
|
Objektif |
|
- Untuk mengatasi batasan sistem pengairan dalam penternakan dan pertanian.
- Untuk menyediakan dan mengekalkan tanaman dalam persekitaran untuk pertumbuhan dari segi kelembapan dan suhu tanah.
- Untuk meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti hasil ikan dan hasil sayur yang dikeluarkan.
|
|
Masalah |
- Jumlah pekerja yang terhad untuk menampung kawasan penternakan dan pertanian.
- Para petani dan ternakan perlu kerap memantau pada siang dan malam.
|
|
Tujuan
|
- Matlamat kami adalah untuk mengeluarkan ikan haruan dan keli bagi memenuhi permintaan tempatan yang tidak pernah mencukupi dengan kos pengeluaran yang minima.
- Mengeluarkan hasil tanaman dan ternakan yang berkualiti.
- Projek ternakan dan pertanian ini juga bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan dapat meningkatkan pendapatan.
|
|
Pemasaran Hasil Ternakan dan Hasil Pertanian
|
Hasil ternakan dan hasil pertanian ini akan dijual kepada pemborong tempatan untuk pasaran tempatan, serta ternakan ini juga akan dipasarkan terutama kepada pengusaha kedai makan di seluruh Malaysia.
|
LOKASI |
- Sumber air yang berterusan
- Kawasan ikan dan sayuran hendaklah mempunyai air yang mengalir secara berterusan agar ikan mendapat bekalan oksigen dan sayuran mendapat bekalan air yang secukupnya dan membantu tumbesaran ikan dan sayuran yang berkualiti.
- Kemudahan Jalan
- Perlu untuk kemudahan pengangkutan ikan, sayuran, makanan dan lain-lain.
- Bekalan Elektrik
- Perlu untuk menjalankan mesin-mesin memproses makanan, lampu dan lain-lain.
|
|
Sistem Penternakan Dan Pertanian |
- Water Pump in /out
- Water Filter
- Wind And Heat
- Water Controller
|
|
Kelebihan |
- Menjimatkan masa dan air kerana petani dan penternak tidak perlu pergi ke ladang untuk melakukan penyiraman.
- Sistem pengairan menyediakan jumlah yang sesuai untuk tumbuhan sebagai penyiraman.
- Sistem kawalan paras air dan suhu air bagi ikan haruan dan ikan keli.
- Ikan Haruan dan Ikan keli dapat membekalkan sumber protien bagi menggantikan daging.
- Projek ternakan dan pertanian ini juga bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan dapat meningkatkan pendapatan.
|
Kesimpulannya |
- Tujuan utama sistem pengairan adalah untuk menyediakan dan mengekalkan persekitaran yang ideal dari segi kelembapan dan suhu tanah untuk pertumbuhan tanaman dan pembesaran ikan yang berkualiti.
- Para petani dan penternak boleh memantau tanaman dan ternakan di panel kawalan.
|
|
|
|
Comments
Post a Comment
Comment