Profil Usahawan Pilihan |
|||
Datuk Wan Mohammad Sani Salleh | |||
Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd, dan Sani Hotel Sdn Bhd) |
|||
Alamat | : | Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu |
|
Tel No. | : |
03-3343 4012 |
|
Faks | : | 03-3342 4013/11 | |
E-mel | : | info@saniunited.com.my |
|
Laman web | : | www.saniunited.com.my | |
Latar Belakang Usahawan
|
|||
Dato’ Sani merupakan jejaka kelahiran Kuala Ibai, Terengganu dan merupakan anak keempat dari enam orang adik beradik. Dato’ Sani juga merupakan pemegang Diploma Perniagaan dari Kolej Sunway. Sebelum bergelar usahawan, Dato’ Sani memulakan kariernya sebagai model yang kemudiannya menjadi salah satu penyanyi kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusoff sekitar lewat 90-an. Setelah beberapa lama menceburkan diri dalam bidang seni, Dato’ Sani mula memikirkan kerjaya masa depannya. Bagi seorang yang bercita-cita tinggi sepertinya, beliau mula memikirkan untuk mengubah haluan hidupnya daripada seorang selebriti kepada seorang usahawan. Dari situlah Dato’ Sani mula berkecimpung dalam dalam bidang perniagaan perkhidmatan bas ekspres, lalu wujudnya Sani Express, di mana ia telah mengangkat dirinya sebagai seorang usahawan muda di Malaysia. Sebelum ini, Dato’ Sani memulakan perniagaan dengan membuka bengkel membaiki kenderaan. Pada tahun 2003, Dato’ Sani telah menubuhkan Sani united Sdn Bhd (SUSB) dengan 2 lagi rakan kongsi yang menarik diri tak lama kemudian. Ini menyebabkan Dato’ Sani terpaksa mengambil risiko dengan seorang pekerja dan hanya pada tahun 2006, barulah menyaksikan Sani Express berada di jalanraya dengan enam buah bas. Setelah beberapa tahun berlalu, SUSB kini memiliki lebih daripada 150 pekerja dan mempunyai bangunan 3 tingkat sendiri iaitu Wisma Dato’ Sani yang terletak di Klang Sentral. Malah Dato’ Sani telah membiarkan pihak pengurusan mengendalikan syarikat Sani Express ini. |
|||
Produk
|
|||
Pada Januari 2006 Sani Express wujud di jalan raya dan perjalanan perniagaan berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan, perniagaan beliau menjadi semakin berkembang. Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta. Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau. Terbaru Datuk Sani mengembangkan perniagaan beliau ke bidang perhotelan. hotel yang terletak di Kuala Lumpur menberikan Keselesaan bertaraf 3 hingga 5 bintang. dengan fasilitis yang senang di akses ia memudahkan pengguna. |
|||
Pencapaian & Anugerah
|
|||
Beliau seawal usia 35 tahun beliau telah pun merangkul pelbagai pengiktirafan termasuk Tokoh Usahawan Muda, anugerah yang dinobatkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama). Malah, beliau dianggap ikon generasi muda dalam dunia perniagaan pada masa kini. Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009)
|
|||
Hubungi kami
|
|||
Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah mengunjungi Wisma Sani yang terletak di No. 2, Jalan Haji Manan 3/KU8, Kawasan Perindustrian Meru Barat, 42200 Kapar, Klang, Selangor, Malaysia. (No tel : 03-3343 4012) | |||
Rujukan
|
|||
|
Comments
Post a Comment
Comment